Tuesday, May 31, 2011

Kanan Ke Kiri

Seorang pegawai pemasaran Coca Cola pulang dari tugasnya di Timur Tengah dengan kecewa.
Seorang teman bertanya, "Mengapa anda tidak berjaya di negara Arab?"
Pegawai itu menjelaskan, "Ketika saya dihantar ke Timur Tengah,
Saya sangat yakin bahawa saya akan membuat jualan yang baik
sebab Cola hampir tidak dikenali di sana.
Tapi, saya mempunyai masalah, saya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Arab.
Jadi, saya bercadang untuk menyampaikan mesej melalui poster ...
poster Pertama, seorang lelaki merangkak melalui gurun pasir yang panas ...
Sangat penat dan dahaga.
poster Kedua, lelaki itu minum Cola kita dan
Ketiga, orang itu benar2 segar dan bertenaga.
Kemudian poster ini ditampalkan di semua tempat "
"Itu seharusnya berjaya" kata teman tersebut.
penjual itu menjawab, "aahh, tidak hanya saya tidak bercakap Bahasa Arab,
Saya juga tidak menyedari bahawa Arab Membaca dari Kanan ke Kiri ... " ^^,

No comments:

Post a Comment