Monday, November 7, 2011

Wednesday, June 15, 2011

sport's man

Seorang gadis yang bersuamikan pemain basketball terkenal sedang berdebar-debar
menantikan malam menantikan malam pertama setelah majlis pernikahannya.

Selepas majlis selesai mereka pun masuk bilik. Si suami terus membuka seluruh
pakaiannya.Apabila bajunya terbuka, si isteri melihat sebuah tattoo bertulis
"REEBOOK" di dada suaminya. Si suami pun menerangkan bahawa tattoo tersebut
dibuat sewaktu ia menjalani kontrak sebagai model iklan produk tersebut.

Tiba-tiba si suani membuka seluar panjangnya, maka terlihat satu lagi tattoo
lambang "NIKE" di pahanya.Si suami pun menjelaskan hal yang sama kepada
isterinya.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, si isteri melihat tattoo bertuliskan "AIDS"
pula pada tutttt suaminya. Dengan ketakutan si isteri menanyakan tattoo
tersebut. Namun dengan tenang si suami menjawab:

"Tenang sayang, tulisan itu bukan beerti sesuatu yang menakutkan."Setelah
pegang,setelah tuuuttttt tegang dan memanjang maka tulisan AIDS menjadi
ADIDAS....

pekak!!

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang
pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual
dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit
darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,
dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa
jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan
menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak
3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Kuda talipon

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar. ....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG! !....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2... ..bertanya. ....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap.... "nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary' ....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam..... namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya.... aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap.... "kuda awak telefon!!".. ...

Saturday, June 11, 2011

kawen3~~

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )

doktor punye cite

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Thursday, June 2, 2011

iklan jap...









Karnival dan Konsert Sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-23. Pelbagai aktiviti disediakan sebagai pengisian program. Antaranya: -

1) Persembahan Amal Aman PALESTIN

2) Persembahan Kebudayaan dan Konsert Hari Bandaraya Ke-23

3) Battle Of The Bands

4) Street Soccer

5) Basketball 3 on 3

6) Pertandingan Memasak ADABI

7) Persembahan Khas Dato' AC MIZAL dan AC Living Large

8) Persembahan Khas kumpulan JAMBU Maharaja Lawak 2011

9) Karnival Jualan dan Ladies Uptown

10) Persembahan Kereta Klasik dan Kereta Kompak

11) Persembahan Motor Besar

12) Pameran Agensi-agensi Kerajaan

13) Deejay Corner PERAKfm...

dan banyak lagi...

Marilah sama-sama kita memeriahkan dan meraikan Karnival Sambutan Ulangtahun Hari Bandaraya Ipoh ini... Datang jangan tak datang...